Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 maut disambar petir di Bangladesh dalam tempoh dua hari

Anggaran Waktu Membaca:
DHAKA: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas disambar petir di Bangladesh sejak dua hari lalu, menurut laporan pada Jumaat (9 Sep).

Kejadian terbaru dilaporkan di daerah barat daya Khulna yang meragut nyawa dua adik-beradik manakala sembilan lagi kematian dilaporkan pada Khamis di daerah utara Sirajganj.

Kekerapan kematian akibat disambar petir mencetuskan kebimbangan.

"Kami bimbang nak keluar rumah kalau hujan atau cuaca ribut sebab takut petir," kata Md Rashedul Islam, penduduk kawasan Mirpur, di Dhaka kepada Agensi Anadolu.

Beliau berkata bahawa penduduk akan naik ke bumbung ketika hujan untuk mandi dan bermain hujan, tetapi sekarang aktiviti itu jarang dilihat.

Menurut rekod Kementerian Pengurusan Bencana dan Bantuan, lebih 3,000 terbunuh akibat disambar petir di Bangladesh sejak 2011. Sekurang-kurangnya 362 orang terbunuh pada 2021. Malah, pada Jun sahaja, 31 mangsa maut disebabkan kejadian petir menyambar.

Data menunjukkan hampir 70 peratus kematian direkodkan di negara yang terjejas akibat perubahan iklim antara April dan Jun.

Para pencinta alam sekitar berkata bahawa penanaman pokok secara besar-besaran di negara itu sangat berkesan membantu melindungi warga Bangladesh daripada panahan petir di samping langkah pencegahan lain.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan