11 maut dalam tanah runtuh di lombong arang batu di Sumatera Selatan
Tanah runtuh di lombong arang batu di wilayah barat Sumatera Selatan, Indonesia pada Rabu petang meragut 11 nyawa, lapor agensi berita Xinhua.
(Gambar: Bernama)
JAKARTA: Tanah runtuh di lombong arang batu di wilayah barat Sumatera Selatan, Indonesia pada Rabu petang meragut 11 nyawa, lapor agensi berita Xinhua.
Kejadian berlaku di sebuah lombong haram terletak di kampung Tanjung Lalang di daerah Muara Enim, kira-kira pukul 4.00 petang waktu tempatan, kata ketua unit operasi dan kecemasan wilayah, Encik Iriansyah.
"Sebelas pelombong tertimbus pada kedalaman kira-kira lapan meter. Lombong arang batu diklasifikasikan sebagai lombong tradisional," katanya.
Keadaan tanah bukit di sekitar lokasi kejadian tidak stabil, semua mayat sudah dijumpai dan dikeluarkan, kata Encik Iriansyah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.