Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 Mac genap 3 tahun COVID-19 diisytihar sebagai pandemik di peringkat global

Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Tanggal 11 Mac menandakan genap tiga tahun sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik di peringkat global.

Berdasarkan pemantauan WHO, lebih 750 juta penduduk sedunia telah dijangkiti COVID-19. Daripada jumlah tersebut, hampir tujuh juta pesakit meninggal dunia akibat jangkitan koronavirus itu.

Sejauh ini, lebih 5.5 bilion orang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19. Ia membentuk sekitar 72.4 peratus daripada jumlah penduduk sedunia.

Sungguhpun demikian, tahap keberkesanan vaksin yang ada di pasaran sekarang masih dibahaskan sedang varian virus COVID-19 terus berkembang.

Sedang sebahagian dunia memasuki fasa endemik, perintah berkurung, penutupan sempadan dan langkah-langkah jarak sosial tidak lagi dilaksanakan.

Negara-negara sedunia kini menumpukan usaha untuk memastikan agar kita bersiap sedunia untuk menangani pandemik yang mungkin berlaku pada masa depan. Ini semuanya sedang perbahasan tentang asal usul COVID-19 masih berterusan.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan