Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 lagi kes import Omicron dilaporkan di M'sia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lagi 11 kes import Omicron, iaitu tiga kes dari United Kingdom, tiga kes dari Amerika Syarikat, dua kes dari Nigeria, dua kes dari Arab Saudi dan satu kes dari Australia.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lagi 11 kes import Omicron, iaitu tiga kes dari United Kingdom, tiga kes dari Amerika Syarikat, dua kes dari Nigeria, dua kes dari Arab Saudi dan satu kes dari Australia.

Menurut KKM dalam kenyataan akhbar hari ini, sembilan kes itu melibatkan warganegara Malaysia manakala dua kes adalah warganegara Nigeria.

Malaysia kini mempunyai 13 kes varian Omicron secara keseluruhan setakat hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata pada Khamis (16 Dis) bahawa kes varian Omicron di negara itu mungkin meningkat kerana terdapat 18 lagi kes yang menunggu pengesahan daripada jujukan genom penuh (WGS).

11 kes baru yang diumumkan hari ini itu adalah sebahagian daripada 18 kes yang disebut oleh Encik Khairy.

Lagi tujuh kes tidak dapat disahkan kerana ujian WGS tidak berjaya dijalankan

"Siap siaga semua, sudah ada dalam negara ….hanya menunggu masa, " Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu sidang akhbar semalam (17 Dis) ketika mengumumkan kes kedua Omicron di Malaysia. 

Beliau juga memaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengarahkan semua petugas Barisan Hadapan Perubatan kembali ke "Medan Perang".

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan