Skip to main content

Dunia

11 kawasan di Malaysia catat bacaan mutu udara tidak sihat; Sri Aman, Serian paling terjejas

11 kawasan di seluruh Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara pada paras tidak sihat setakat 11.00 pagi Isnin (14 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
11 kawasan di Malaysia catat bacaan mutu udara tidak sihat; Sri Aman, Serian paling terjejas

Sebanyak 11 kawasan di Malaysia mencatat bacaan pada paras tidak sihat setakat 11.00 pagi pada Isnin (14 Sep). (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 14 Sep 2026 01:55PM Dikemas Kini : 14 Sep 2026 02:00PM
KUALA LUMPUR: 11 kawasan di seluruh Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara pada paras tidak sihat setakat 11.00 pagi Isnin (14 Sep).

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Sarawak mencatatkan paras tidak sihat, dengan Sri Aman dan Serian masing-masing merekodkan bacaan 174, manakala Kuching mencatatkan 135.

Di Semenanjung Malaysia, lapan kawasan turut mencatatkan paras tidak sihat.

Bacaan tertinggi direkodkan di Johan Setia, Selangor, pada 158, diikuti Cheras, Kuala Lumpur 153, Nilai 152 dan Seremban 147 di Negeri Sembilan.

Pasir Gudang dan Larkin di Johor masing-masing mencatatkan bacaan 145 dan 136, manakala Putrajaya merekodkan 134 dan Alor Gajah, Melaka, 115.

Secara keseluruhannya, 55 kawasan mencatatkan paras sederhana, manakala dua kawasan berada pada paras baik.

Bacaan Indeks Pencemar Udara antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 ke atas berbahaya.
Sumber : Bernama/NU/nu
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita