Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 kanak-kanak terbunuh dalam serangan tentera di sekolah Myanmar

Anggaran Waktu Membaca:
YANGON: Tentera Myanmar menolak tuduhan-tuduhan kumpulan prodemokrasi negara itu bahawa ia secara sengaja menyasarkan sebuah sekolah di barat laut negara itu.

Insiden di Let Yet Kone, Sagaing itu membunuh sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak dan belasan lain dilaporkan cedera.

Pihak junta mengatakan ia melancarkan serangan itu kerana pihak pemberontak menggunakan bangunan tersebut untuk menyerang pasukan tentera.

Dua helikopter tentera turut digunakan dalam serangan itu.

Menurut laporan media tempatan, sekolah itu bertempat di sebuah biara Buddha.

Beberapa kanak-kanak dipercayai ditembak sementara yang lain dilaporkan ditahan bersama beberapa guru.

Kumpulan prodemokrasi negara itu yang dikenali sebagai Pemerintah Perpaduan Nasional (NUG) sudahpun menuduh pihak junta sengaja melancarkan serangan ke atas sekolah-sekolah.

Kedua-dua pihak NUG dan Tabung Kecemasan Kanak-Kanak PBB (UNICEF) menggesa agar mereka segara dibebaskan.

Walaupun UNICEF tidak mengutuk tentera Myanmar secara terang-terangan, ia menegaskan bahawa sekolah dan kanak-kanak tidak boleh diserang.

Myanmar terus dibelenggu keganasan sejak pihak tentera menggulingkan pemerintah awam pada awal tahun lalu.

Ia juga mencetuskan gerakan bantahan termasuk yang bersenjata di merata negara.

Menurut pertubuhan amal Save the Children, terdapat 190 insiden yang membabitkan serangan ganas ke atas sekolah-sekolah pada tahun 2021, berbanding 10 insiden yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Sumber : Agensi berita/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan