11 juta hidangan berbuka puasa disediakan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi sepanjang 15 Ramadan
Pihak berkuasa Arab Saudi menyediakan hampir 11 juta hidangan iftar kepada jemaah umrah dan jemaah lain di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah sepanjang separuh pertama bulan Ramadan.
Jumlah hidangan iftar yang disediakan kepada jemaah umrah dan pengunjung masjid pada tahun ini meningkat berikutan pertambahan bilangan jemaah. (Gambar: AFP/Abdel Ghani Bashir)
Pihak Berkuasa Am bagi Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada Isnin (17 Mac), sempena hari ke-17 Ramadan, mengumumkan, sebanyak 10,822,999 hidangan iftar dan 10,290,000 paket kurma telah diagihkan setakat ini sepanjang bulan suci ini, di mana umat Islam beribadah dan berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Menurut laporan Saudi Press Agency (SPA), jumlah hidangan iftar yang disediakan kepada jemaah umrah dan pengunjung masjid pada tahun ini meningkat berikutan pertambahan bilangan jemaah.
Hidangan tersebut diagihkan di kawasan-kawasan iftar yang ditetapkan di dalam masjid dengan mematuhi piawai kesihatan yang ketat bagi menjaga keselamatan para jemaah.
Menjelang Ramadan, pihak berkuasa turut memperkenalkan perkhidmatan online yang membolehkan para individu, pertubuhan kebajikan, dan wakaf mengemukakan permohonan untuk menyumbangkan hidangan iftar di Masjidil Haram, menurut SPA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.