Skip to main content

Dunia

11 alas kaki gambar Kaabah dirampas dari pasar raya Johor

Anggaran Waktu Membaca:
PETALING JAYA: Sejumlah 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat telah dirampas oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor, sehari sebelum Aidilfitri pada 10 April.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata tindakan itu diambil menyusuli aduan orang awam terhadap tindakan pasar raya terbabit yang menjual alas kaki berkenaan sempena sambutan Aidilfitri.

Menurut Encik Fared lagi, pihaknya telah melaksanakan pemantauan sehari sebelum Aidilfitri berikutan aduan orang awam, selain ia tular di media sosial, dipetik daripada agensi berita Free Malaysia Today.

“Pengurusan pasar raya sudah dipanggil bagi memberi kenyataan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

“Kenyataan tidak dikeluarkan sebelum ini bagi menghormati sambutan Aidilfitri selain meredakan kerisauan awam,” katanya lapor Berita Harian.

Sebelum ini, tular pengguna media sosial memuat naik gambar alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat, lapor Free Malaysia Today.

Pengguna itu terkejut apabila mengamati gambar tertera adalah Kaabah atau Baitullah al-Haram yang menjadi kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram, Makkah.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita