108 individu ditahan di Selangor disyaki ada kaitan dengan GISBH
Anggaran Waktu Membaca:

Ibu pejabat GISBH di Rawang, negeri Selangor, pada 19 Sep 2024. (Gambar: AP/Vincent Thian)
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setakat ini sudah menahan 108 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISB Holdings (GISBH).
Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata semua individu berkenaan disyaki terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah syariah merangkumi soal akidah, pungutan khairat tanpa kebenaran dan perkahwinan.
Operasi tangkapan itu dijangka berterusan membabitkan suspek yang disyaki dan sudah dikenal pasti berdasarkan risikan, aduan dan maklumat yang diterima pihaknya.
"Sehingga kini hasil siasatan terhadap 108 suspek, JAIS mendapati wujud beberapa fakta mengenai amalan dan kepercayaan suspek yang bercanggah dengan fatwa yang dikuatkuasakan, lapor BH online.
"Ini termasuk amalan mempercayai beberapa perkara dikaitkan dengan pimpinan adalah sesuatu yang memberikan keberkatan kepada ahli dan membolehkan ahli masuk syurga.
"Begitu juga mengamalkan Aurad Muhammadiah, percaya Abuya tidak mati dan berada di alam ghaib. Mayat Abuya terapung kerana Allah angkat Abuya, Rasulullah SAW atau Abuya hadir dalam majlis-majlis tertentu anjuran kumpulan tersebut.
"Siasatan juga mendapati perkahwinan dan perceraian diatur oleh pemimpin kumpulan dan menjalankan akad perkahwinan dengan cara ditentukan oleh pemimpin," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (2 Okt).
Encik Mohd Shahzihan berkata siasatan juga menunjukkan perkahwinan itu tidak dapat dibuktikan dengan keterangan dokumen yang sah.
Malah katanya lagi, perkahwinan antara anak dara dan teruna tanpa kebenaran Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor serta poligami yang dibuat tanpa kebenaran Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa.
"Situasi dan keadaan ini menyebabkan berlaku kecelaruan dalam penentuan nasab, status perkahwinan serta dokumentasi perkahwinan ibu bapa kanak-kanak (mangsa).
"Perkara ini dijangka memberi kesan terhadap kanak-kanak yang diselamatkan sebelum ini apabila mereka menginjak ke alam remaja dan dewasa kelak.
"Tidak mustahil keadaan ini berpotensi besar akan menjejaskan penentuan nasab dan memungkinkan berlakunya pernikahan yang fasid atau wati' syubhah," katanya kepada BH online.
Pada masa yang sama, Encik Mohd Shahzihan berkata JAIS sedang bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran Negara serta agensi-agensi berkepentingan lain untuk mengenal pasti salasilah (family tree) sebahagian besar daripada 435 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global sebelum ini.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.