104 wartawan terbunuh pada 2024, lebih 50% di Gaza
Tahun ini 'khususnya sangat berbahaya' bagi para wartawan.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Reuters)
BRUSSELS: Tahun ini 'khususnya sangat berbahaya' bagi para wartawan.
Seramai 104 wartawan terbunuh di seluruh dunia, dengan lebih separuh daripada mereka terkorban di Gaza, menurut Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) pada Selasa (10 Dis).
Angka korban bagi 2024 berkurangan berbanding 129 kematian pada 2023 tetapi masih menjadikannya "salah satu tahun paling dahsyat" dalam rekod, kata Setiausaha Agung IFJ Anthony Bellanger kepada AFP.
Menurut perangkaan yang dikumpul oleh kumpulan tersebut, 55 pekerja media Palestin terbunuh pada 2024 di tengah-tengah serangan tentera Israel di Gaza.
“Sejak perang meletus pada 7 Oktober 2023, sekurang-kurangnya 138 wartawan rakyat Palestin terbunuh,” dedah persekutuan itu.
Encik Bellanger mengutuk "pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di hadapan mata dunia."
Menurut beliau, "ramai wartawan sengaja dijadikan sebagai sasaran" di Gaza, manakala yang lain mendapati diri mereka berada "di tempat yang salah, pada masa yang salah" semasa berlaku pertempuran.
Selepas Timur Tengah, wilayah kedua paling berbahaya bagi wartawan ialah Asia dengan 20 orang terbunuh, termasuk enam di Pakistan, lima di Bangladesh dan tiga di India.
Di Eropah, perang di Ukraine meragut nyawa empat wartawan pada 2024.
Sementara itu, IFJ turut mendedahkan bahawa di seluruh dunia 520 wartawan ditahan dalam penjara - peningkatan mendadak berbanding 427 yang ditahan di penjara pada tahun lalu.
China mendahului senarai sebagai penjara paling teruk bagi wartawan dengan 135 ditahan, termasuk di Hong Kong, di mana pihak berkuasa telah dikritik oleh negara-negara Barat kerana mengenakan undang-undang keselamatan negara yang menindas perbezaan pendapat dan kebebasan lain.
Kiraan IFJ bagi jumlah wartawan yang terbunuh biasanya jauh lebih tinggi berbanding perangkaan Reporters Without Borders, disebabkan oleh kaedah pengiraan yang berbeza.
Pada 2023 Reporters Without Borders melaporkan 54 wartawan dan dua rakan kerja terbunuh semasa menjalankan tugas mereka. NGO itu akan menerbitkan perangkaannya sendiri bagi 2024 pada lewat minggu ini.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.