Skip to main content

Dunia

104 orang maut susuli hujan lebat, banjir kilat di Pakistan

Anggaran Waktu Membaca:
104 orang maut susuli hujan lebat, banjir kilat di Pakistan

Keadaan banjir susulan hujan lebat di Lahore, Pakistan, 10 Julai 2025. (Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 14 Jul 2025 10:27AM
ISLAMABAD: Hujan lebat dan banjir kilat meragut sekurang-kurangnya 104 nyawa dan mengakibatkan kecederaan kepada lebih 200 orang di seluruh Pakistan antara 26 Jun hingga 12 Julai, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) pada Ahad (13 Jul), lapor Agensi Berita Xinhua.

Dalam tempoh 24 jam sahaja, enam orang dilaporkan maut dan 15 lagi cedera akibat kejadian berkaitan hujan, menurut NDMA.

Wilayah timur Punjab mencatat kematian tertinggi iaitu seramai 39 orang, diikuti wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa dengan 31, wilayah selatan Sindh dengan 17 dan wilayah barat daya Balochistan dengan 16 yang maut.

Pihak berkuasa Pakistan mengeluarkan amaran hujan dijangka berlanjutan selama beberapa hari akan datang.

Para penduduk, khususnya yang tinggal di kawasan rendah dan terdedah, dinasihati supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Operasi menyelamat dan bantuan masih diteruskan di kawasan yang teruk terjejas.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita