102 penduduk dipindah ke pusat pemindahan sementara akibat banjir kilat di Kedah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: APM/Facebook
ALOR SETAR: Seramai 102 penduduk dari 33 keluarga di Baling dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka ditenggelami air menyusuli banjir kilat yang melanda selepas hujan lebat pada Khamis malam (21 Sep).
Ketua sekretariat pengurusan bencana Pasukan Pertahanan Awam Kedah (APM) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata bahawa kedua-dua pusat pemindahan sementara itu terletak di Masjid Islahiyah Tawae dan Masjid Binjul Luar.
"Pusat pemindahan sementara di Masjid Islahiyah Tawar dibuka pada 11.00 malam untuk menempatkan 91 mangsa dari 31 keluarga, dan pusat di Masjid Binjul Luar dibuka pada tengah malam untuk menempatkan lagi 11 mangsa lain dari dua keluarga," jelasnya dalam satu kenyataan.
Beliau juga berkata bahawa hujan lebat tersebut, yang bermula sejak petang semalam, juga menyebabkan Sungai Ketil melimpah dengan air, dan membanjiri seluruh kawasan Kampung Padang Empang dan Kampung Iboi.
Paras air sungai yang dicatat di Kampung Kuala Pegang pada pukul 8.00 malam menunjukkan bahawa ia telah melepasi tahap bahaya pada ketinggian 36.19 meter.

Sumber : Bernama/SF/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.