Skip to main content

Dunia

1,000 masjid musnah dalam serangan Israel di Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
1,000 masjid musnah dalam serangan Israel di Gaza

Gambar: MOHAMMED ABED / AFP

Diterbitkan : 22 Jan 2024 03:15PM Dikemas Kini : 22 Jan 2024 03:30PM
GAZA CITY: Serangan Israel ke atas Carikan Gaza memusnahkan 1,000 masjid sejak 7 Oktober, menurut pihak berkuasa tempatan.

"Pembinaan semula masjid-masjid ini akan menelan belanja sekitar AS$500 juta (S$670 juta)," kata Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama, Gaza dalam satu kenyataan, menurut Agensi Anadolu.

Dianggarkan terdapat 1,200 masjid di Carikan Gaza.

Menurut kementerian itu, lebih 100 pendakwah Islam turut terbunuh dalam serangan maut Israel di wilayah pinggir laut itu.

"Pendudukan Israel terus memusnahkan puluhan tanah perkuburan dan menggali kubur dan mencuri mayat yang jelas bertentangan dengan piagam antarabangsa dan hak asasi manusia," menurut kenyataan itu.

Tambah ataan itu, sebuah gereja, beberapa bangunan pentadbiran, pusat pengajian al-Quran, dan ibu pejabat bank musnah dalam serangan Israel.

"Kami merayu kepada negara-negara Arab dan Islam serta orang-orang yang berhati nurani untuk menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat Palestin di Carikan Gaza," lapor Agensi Anadolu.

Israel menggempur Carikan Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober, yang menurut Tel Aviv membunuh hampir 1,200 orang.

Sekurang-kurangnya 25,105 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan 62,681 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Serangan Israel menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sumber : AGENCIES/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita