1,000 laras senjata api replika, dadah ditemui di sebuah sekolah swasta di Jakarta Selatan.
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: ANTARA)
- Yayasan sekolah swasta di Jakarta Selatan, bersama peguam Hermawanto dan Polis Metro, menemukan hampir 1,000 senjata api, airsoft, peluru, dadah, dan cakera lucah di bilik berkunci sekolah.
- Penemuan berlaku selepas bilik dibuka dengan bantuan polis kerana kunci dipegang bekas ketua lembaga pengurusan yayasan yang telah dipecat.
- Bekas ketua lembaga itu didakwa menyimpan barangan terlarang dan telah dipecat pada 18 April atas tuduhan salah guna dana yayasan.
- Pihak yayasan membuat laporan polis baharu dan Polis Metro Jakarta Selatan sedang menyiasat kes tersebut.
JAKARTA:Hampir 1,000 laras senjata api dan pistol replika atau senjata jenis airsoft, bersama peluru, bahan disyaki dadah serta cakera video lucah ditemukan di dalam sebuah bilik berkunci di sebuah sekolah swasta di Jakarta Selatan.
Peguam Hermawanto, yang mewakili yayasan sekolah berkenaan, berkata barangan itu ditemukan selepas pihak sekolah membuka bilik berkenaan dengan bantuan Polis Metro Jakarta Selatan.
"Apabila kami membuka bilik itu, kami menemukan senjata dan dadah di dalamnya. Hari ini, kami turut membuat laporan polis baharu berhubung penemuan dadah berkenaan," katanya di ibu pejabat Polis Metro Jakarta Selatan pada Khamis, menurut Agensi Berita Antara.
Encik Hermawanto berkata bilik itu hanya dapat dibuka selepas pihak yayasan mendapatkan bantuan Polis Metro Jakarta Selatan kerana semua kunci masih berada dalam simpanan bekas ketua lembaga pengurusan yayasan itu selepas beliau dipecat.
Beliau kemudian mendakwa bahawa senjata dan barangan berkenaan disimpan oleh bekas ketua lembaga pengurusan yayasan itu, yang dipecat pada 18 April lepas selepas didakwa menyalahgunakan dana yayasan bagi kepentingan peribadi.
Beliau berkata pihak yayasan pada mulanya menemukan 995 laras senjata api dan senjata airsoft, peluru serta aksesori senjata di dalam bilik berkenaan pada 10 Julai sebelum menemukan lebih banyak senjata, bahan yang disyaki ganja dan
methamphetamine, serta kira-kira 25 cakera video lucah dalam satu lagi pemeriksaan pada Rabu.
Polis Metro Jakarta Selatan mengesahkan menerima laporan orang awam berhubung penemuan itu dan memaklumkan bahawa kes berkenaan sedang disiasat.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.