Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1,000 dipindahkan susuli ancaman bom di kompleks sukan Seoul

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Kira-kira 1,000 orang dipindahkan pada Ahad (7 Ogos) setelah seorang lelaki berusia 20-an tahun mengancam akan meletupkan Kompleks Sukan Jamsil di selatan Seoul. 

Lelaki itu yang mendakwa dirinya sebagai pengganas ISIS, memuat naik hantaran ke papan buletin internet pada pagi Ahad (7 Ogos), sambil berkata ddia akan meletupkan bom sebanyak tiga kali di kompleks sukan berkenaan, menurut agensi berita Yonhap yang menukil Balai Bomba Songpa di Seoul. 

Balai bomba berkenaan memaklumkan pihak polis mengenai ancaman tersebut pada 10.19 pagi, menurut para pegawai.

Polis mengerahkan 14 kenderaan dan 58 anggotanya untuk memindahkan sekitar 1,000 orang yang sedang membuat persiapan bagi Seoul Festa, iaitu sebuah pesta pelancong yang diadakan setiap tahun, dari kompleks tersebut. 

Turut dipindahkan adalah para pemain besbol pasukan LG Twins yang sedang berlatih di kompleks yang sama, menurut Yonhap. 

Polis memeriksa seluruh kompleks tersebut, namun tidak menemui sebarang bom. 

Setelah mengesan alamat IP hantaran itu, polis mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 20-an tahun yang menetap di Goyang, utara Seoul, memuat naik hantaran tersebut, namun tidak memberkasnya kerana dia kurang daya intelek. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan