Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

100 penduduk Hulu Langat terpaksa bermalam atas bumbung surau ekoran banjir

Sekitar 100 penduduk di Taman Sri Nanding yang terperangkap akibat banjir terpaksa berlindung lebih 12 jam atas bumbung Surau Al Munir Taman Sri Nanding pada Ahad (19 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
100 penduduk Hulu Langat terpaksa bermalam atas bumbung surau ekoran banjir

(Gambar: Twitter/Kamzam08477773)

HULU LANGAT: Sekitar 100 penduduk di Taman Sri Nanding yang terperangkap akibat banjir terpaksa berlindung lebih 12 jam atas bumbung Surau Al Munir Taman Sri Nanding pada Ahad (19 Dis).

Salah seorang penduduk, Puteri Nadia Natasha Mohamed Ramzan, 24, berkata, perkara itu dimaklumkan seorang rakannya menerusi perkongsian video ketika mereka berada di atas bumbung surau berkenaan.

Menurutnya, para penduduk terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat atas bumbung surau setelah air naik pada paras tertinggi meskipun mereka berada dalam keadaan kesejukan akibat hujan renyai.

"Saya antara penduduk yang menetap di Taman Sri Nanding, namun sempat menyelamatkan diri keluar dari kawasan bencana.

"Namun ada beberapa rakan yang tidak sempat keluar terpaksa berlindung atas bumbung surau sementara menunggu bantuan tiba," katanya.

Jelas Puteri Nadia, lebih menyedihkan apabila ada dalam kalangan bayi, wanita mengandung, pesakit kronik dan warga emas terpaksa menumpang teduh di atas bumbung terbabit.

"Rumah kami kebanyakannya sudah tenggelam dan keadaan semakin teruk apabila air dari Sungai Pangsun melimpah deras ke penempatan penduduk.

"Banyak kerugian harta benda dialami dan sebahagian kereta yang tidak sempat diselamatkan tenggelam selain operasi menyelamat berdepan kesukaran," jelasnya.

Katanya, pada masa ini penduduk mula dipindahkan dengan bantuan bot dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Surau Taman Perkasa.

"Setakat jam 10 pagi tadi (Ahad) proses pemindahan penduduk ke lokasi lebih selamat masih dijalankan dan berharap semuanya dalam keadaan selamat," katanya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan