100 pekerja asing tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman terbakar
Kira-kira 100 warga asing yang menjadikan 30 buah kontena sebagai kediaman mereka sejak bekerja di sebuah tapak pembinaan di Taman Seri Menerong di Pulau Pinang setahun lalu, kini tinggal sehelai sepinggang setelah tempat tinggal mereka musnah terbakar hari ini (11 Mac).
Gambar fail kebakaran. (Gambar: Eric Thayer/Reuters)
TASEK GELUGOR: Kira-kira 100 warga asing yang menjadikan 30 buah kontena sebagai kediaman mereka sejak bekerja di sebuah tapak pembinaan di Taman Seri Menerong di Pulau Pinang setahun lalu, kini tinggal sehelai sepinggang setelah tempat tinggal mereka musnah terbakar hari ini (11 Mac).
Kesemua pekerja dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh itu berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7.25 pagi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang menyatakan bahawa sepasukan pegawai dan anggotanya dapat mengawal kebakaran itu pada pukul 7.46 pagi, sebelum dipadamkan sepenuhnya 10 minit kemudian.
Punca dan jumlah kerugian menyusuli kejadian itu masih disiasat. Agensi berita Bernama difahamkan majikan kumpulan pekerja yang terlibat sedang menguruskan kediaman sementara untuk mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.