Skip to main content

Dunia

100 mayat rakyat Palestin tanpa identiti dikebumikan dalam satu liang lahad

Anggaran Waktu Membaca:

GAZA: Lebih 100 mayat rakyat Palestin tanpa identiti telah dikebumikan dalam satu liang lahad yang sama di Khan Younis, selatan Gaza.

“Kesemua mereka dibunuh dan keluarga serta saudara-mara tidak mengetahui nasib yang menimpa mereka. Kami tidak mengenali kesemua mereka,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Hamas, Bassam Dababesh kepada agensi berita antarabangsa, Reuters.

Dalam kumpulan mayat berkenaan, terdapat juga mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak - yang terbunuh di sekitar utara Gaza tetapi dikebumikan di selatan wilayah perang itu, jelas kakitangan kementerian berkenaan kepada Reuters di lokasi pengebumian.

“Kesemua mayat dikebumikan di Khan Younis kerana kami tidak dapat kebumikan mereka di bandar Gaza,” kata Hamad al-Najar.

“Kami menggali kubur yang besar bagi membolehkan kesemua mayat itu dikebumikan dan orang ramai akan terhindar daripada bau yang kurang menyenangkan, yang reput serta pencemaran,” ujarnya lagi.

“Jasad-jasad dan roh mereka diberi penghormatan setingginya dengan pengebumian sebegini - bagi membolehkan kesemua mangsa tenang dan dapat bertemu dengan Pencipta mereka,” kata Hamad. 

Sumber : Agensi berita/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita