Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

100 maut cuaca panas melampau di India

Anggaran Waktu Membaca:
INDIA: Beberapa bahagian Asia terus mengalami gelombang haba yang melampau.

Sekurang-kurangnya 100 orang maut di Bihar dan Uttar Pradesh, India akibat cuaca panas yang teruk sejak empat hari lalu.

Suhu mencecah 40 darjah Celsius di Uttar Pradesh.

Cuaca panas juga melanda Korea Selatan.

Penduduk Seoul mendapat amaran gelombang haba pertamanya pada tahun ini.

Amaran dikeluarkan apabila suhu maksimum harian melebihi 33 darjah Celsius, selama lebih dua hari berturut-turut.

Pihak berkuasa Korea Selatan meningkatkan pemantauan warga emas yang tinggal bersendirian dan melakukan lawatan kerap ke kawasan-kawasan kejiranan dengan golongan gelandangan untuk memastikan keselamatan mereka.

Cuaca terik juga sedang mencengkam beberapa bahagian Jepun.

Pegawai Jepun memberi amaran tentang risiko strok haba, selepas suhu melebihi 35 darjah Celsius di beberapa bahagian Kanto,
dan juga Tokyo.
Sumber : Agensi berita/MM/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan