Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

100 mangsa banjir Sabah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara

Anggaran Waktu Membaca:

KOTA KINABALU: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Tenom bagi menempatkan seramai 100 mangsa daripada 31 keluarga, yang terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat berterusan semalam (9 Mei). 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, PPS yang beroperasi ialah Dewan Jinuim Jimin yang menempatkan 35 mangsa daripada 10 keluarga; manakala seramai 33 mangsa daripada 13 keluarga berlindung di Dewan Ptongan Saga setakat ini.

Satu lagi PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Mandalom Lama, bagi menempatkan seramai 32 mangsa daripada lapan keluarga.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tenom juga sudah mengisytiharkan bencana banjir di daerah berkenaan pada pukul 7.00 pagi Selasa (10 Mei), berikutan terdapat beberapa kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Melalap dinaiki air.

“PPS telah diaktifkan bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir terlibat. Proses pemindahan mangsa masih lagi dijalankan oleh pihak penyelamat,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 13 kampung terjejas banjir di Tenom susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam (9 Mei) hingga tengah malam tadi.

Tenom merupakan sebuah daerah di pendalaman Sabah berkeluasan 2,238 kilometer persegi dan terletak kira-kira 150 kilometer arah Selatan dari Kota Kinabalu.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan