100 keluarga Sudan ditahan RSF di Kordofan dalam keadaan kritikal
Anggaran Waktu Membaca:
ISTANBUL: Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera menahan lebih 100 keluarga Sudan dari bandar Babnousa di Kordofan Barat dan kampung berdekatan dalam keadaan kemanusiaan yang "sangat berbahaya," dengan beberapa tahanan, terutamanya wanita, dipukul dan dihina, lapor Agensi Anadolu (AA) seperti yang ditukil Rangkaian Doktor Sudan (SDN) pada Jumaat (5 Dis).
Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X, SDN menyatakan rakaman video yang diteliti pasukannya menunjukkan wanita-wanita terbabit diserang selepas pejuang RSF menuduh ahli keluarga mereka menyokong tentera Sudan, sekali gus menimbulkan “kebimbangan serius terhadap keselamatan para tahanan”.
Kumpulan itu mengecam insiden berkenaan sambil menyatakan bahawa penahanan serta layanan buruk terhadap orang awam merupakan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta memburukkan lagi krisis kemanusiaan di wilayah tersebut.
Kumpulan tersebut turut menegaskan penolakan mereka terhadap tindakan menyasarkan orang awam, khususnya wanita dan kanak-kanak, atau menggunakan mereka sebagai tekanan atau ugutan terhadap keluarga masing-masing.
Ia menyeru komuniti antarabangsa dan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengecam insiden itu secara jelas, mengenakan sekatan terhadap pihak bertanggungjawab dan memastikan RSF dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas keselamatan wanita dan kanak-kanak yang ditahan.
Kumpulan itu juga mendesak tindakan segera bagi melindungi keluarga berkenaan serta memastikan pembebasan mereka dengan serta-merta.
Sementara itu, keadaan di dalam Babnousa kekal tidak jelas, dengan laporan bercanggah mengenai pihak yang menguasai bandar itu selepas kepungan dan pertempuran selama berbulan-bulan.
Tentera Sudan pada Selasa berkata ia berjaya menangkis serangan baharu RSF ke atas Babnousa, sehari selepas RSF mengumumkan mereka telah menawan bandar strategik berkenaan.
Babnousa berada dalam kepungan hampir sepenuhnya sejak April 2024, menyebabkan kira-kira 177,000 penduduk terpaksa berpindah, menurut jawatankuasa bantuan tempatan.
Tentera turut melakukan serahan bekalan melalui udara kepada anggotanya yang terkepung di dalam bandar itu.
Media tempatan termasuk Sudan Tribune melaporkan bahawa unit tentera mungkin telah berundur dari Babnousa menuju Heglig, sebuah bandar di Kordofan Barat yang kekal di bawah kawalan tentera.
Di pihak lain, komander operasi RSF Babnousa, Saleh al-Fouti, berkata tenteranya telah “membebaskan” bandar itu dan mengusir tentera Sudan, sambil mendakwa dalam satu rakaman bahawa RSF kini mengawal ibu pejabat Divisyen Ke-22.
RSF mengepung Babnousa sejak Januari 2024, manakala tentera bertahan di dalam kompleks Divisyen Ke-22 dalam bandar yang kini hampir sepenuhnya tidak berpenghuni.
Konflik berdarah antara tentera Sudan dan RSF sejak April 2023 telah meragut sekurang-kurangnya 40,000 nyawa dan menyebabkan kira-kira 12 juta orang kehilangan tempat tinggal, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.