100 hari Prabowo: Tunai janji program makanan bergizi percuma; diharap beri lebih tumpuan kepada ASEAN
Tarikh 27 Januari 2025 menandakan genap 100 hari sejak Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengangkat sumpah jawatan.
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Tarikh 27 Januari 2025 menandakan genap 100 hari sejak Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengangkat sumpah jawatan.
Ekoran program-program Encik Prabowo yang popular, 81 peratus rakyat Indonesia dilapor berpuas hati dengan kepimpinan beliau, menurut satu tinjauan akhbar Kompas.
Namun bulan-bulan awal pemerintahan Encik Prabowo sebenarnya tidak berjalan dengan sempurna.
Program makanan bergizi percuma merupakan antara janji terpenting semasa kempen pilihan raya Encik Prabowo untuk mengatasi isu kekurangan zat makan.
Ia juga diharapkan dapat mendorong ekonomi masyarakat tempatan.
Para peniaga kecil-kecilan bahkan melihat pendapatan mereka meningkat 35 peratus sejak bergabung dalam program tersebut.
"Kita dapat panduan yang sangat terperinci sebelum mulainya program ini. Kita ada pemeriksaan dari segi standard dapurnya bagaimana, dan juga kebersihannya bagaimana. Iaitu dari Jabatan Kesihatan memeriksa benar-benar keseluruhan, apakah ini sudah punya tauliah dan alhamdulilah kita sudah terima tauliah dari BKI (Biro Klasifikasi Indonesia)," kata pemilik Eat Box, Indra Purnama.
Syarikat GoTo memulakan projek perintis program makanan bergizi percuma di 13 kota dan daerah pada Mei lalu sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR).

Program tersebut dijangka menelan belanja sehingga AS$24 bilion (S$32.2 bilion) setahun sehingga 2029, apabila penggal khidmat Encik Prabowo berakhir.
Pentadbiran Prabowo menghadapi kekangan belanjawan untuk mengekalkan program tersebut.
Justeru ia menyeru sektor swasta untuk menyumbang menerusi program CSR mereka.
Program perintis GoTo menggunakan aplikasi yang bersepadu dari jadual hingga pesanan makanan bagi menjamin ketelusan dan bertanggungjawab.
"Kami ciptakan sistem 'ad hoc' di mana pengurus sekolah boleh pesan makanan secara digital. Pada akhirnya, kami sebuah syarikat teknologi, jadi perlu manfaatkan keupayaan kami sebaiknya.
"Pihak pentadbir sekolah, seminggu sekali akan mendaftarkan jumlah murid. Kemudian, rakan kongsi kulinari, akan menerima pesanan itu.
"Apabila makanan siap, kami akan pilih rakan tentukan pemandu untuk mengambil makanan itu," kata Presiden Khidmat 'On-Demand' di GoTo Group, Catherine Hindra Sutjahyo.
Program makanan bergizi percuma yang dilancarkan pada 6 Januari lalu mendapat liputan meluas.
Presiden Prabowo berjaya menunaikan janji kempen pilihan raya beliau sebelum genap 100 hari memegang jawatan.

Namun timbulnya kes keracunan makanan pada minggu kedua, di mana ia hampir mencemari program tersebut.
"Ini adalah kesalahan teknikal sepenuhnya, tidak disengajakan dan Alhamdulillah sudah dapat diatasi.
"Itu hanya berlangsung sebentar sahaja dan segera mengganti menu yang kurang baik, sehingga Presiden Prabowo menghargai hal itu dan beliau menilai ini hal yang boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja," kata Ketua Agensi Makanan Berkhasiat Nasional, Dadan Hindayana.
Agenda nasional Indonesia seperti program makanan percuma turut mewarnai dasar luar negara pentadbiran Prabowo.
Encik Prabowo telah terlibat secara aktif dalam diplomasi luar negeri Indonesia dalam beberapa bulan pertama memegang jawatan.
Indonesia baru-baru ini menjadi anggota penuh BRICS merealisasikan cita-cita Encik Prabowo untuk menjadikan negara itu sebagai pemain berpengaruh di peringkat global.
"Ramai pelabur sedang memerhatikan pendirian Presiden Prabowo dalam menjalin hubungan with negara-negara lain.
"Jika kita berpeluang untuk bekerja rapat dengan sebanyak mungkin negara, sedangkan banyak negara di dunia kini lebih mengutamakan kepentingan sendiri, ini pastinya akan sangat berkesan bagi kami," kata pengasas bersama Alpha JWC Ventures, Jefrey Joe.
Encik Prabowo secara konsisten turut memajukan dasar ‘jiran yang baik’, menegakkan komitmen Indonesia kepada perpaduan dan kestabilan serantau.
Namun para pengamat berpendapat, cita-cita Indonesia untuk berperanan di peringkat global, jangan sampai menghakis tumpuan kepada jiran tetangganya.
"Dalam kebanyakan ucapan Presiden Prabowo, beliau sering sentuh mengenai dasar jiran yang baik, namun tidak secara jelas menyebut ASEAN.
"Dalam ASEAN, biasanya protokol untuk pemimpin yang baharu dliantik, adalah untuk saling berkunjung. Jadi sepatutnya berkunjung ke Malaysia atau Singapura, tapi sebaliknya presiden Indonesia melawat China dahulu sebanyak dua kali," kata Profesor Kajian Agensi Penyelidikan & Inovasi, Dewi Fortuna Anwar.
Encik Prabowo turut melaksanakan program-program popular dalam bidang kesihatan dan perumahan.
Beliau memberi bayangan, rakyat Indonesia boleh jangkakan kejutan besar-besaran.
"Ini baru tiga bulan. Tolong tunggu, sabar sedikit. Mungkin bulan ke-5, ke-6 saudara boleh merasakan (hasilnya).
"Bahawa kita mahu, bukan berjalan seperti biasa. Ini bukan urusan seperti biasa. Kita sekarang mahu lari. Kita akan cepat, kita akan bergerak secepat-cepatnya," kata Presiden Prabowo Subianto.
Tempoh bulan madu untuk Presiden Prabowo dan kabinetnya kini sudah berakhir dan tinjauan terbaharu menunjukkan, lebih 80 peratus rakyat Indonesia berpuas hati dengan pentadbiran beliau.
Setelah menikmati pelbagai dasar Encik Prabowo, mereka tentu tidak sabar menantikan apa lagi yang bakal dihidangkan dalam masa-masa terdekat ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/SF/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.