Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

100,000 rakyat M'sia bekerja di S'pura bakal terima vaksin fasa kedua

Kira-kira 100,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan berulang-alik setiap hari dijangka menjadi antara penerima fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Besar Johor Hasni Mohammad.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2021 02:39PM Dikemas Kini : 14 Mar 2021 10:59PM

PONTIAN: Kira-kira 100,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan berulang-alik setiap hari dijangka menjadi antara penerima fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Besar Johor Hasni Mohammad.

Beliau berkata perkara itu telah dipersetujui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang sedang membangunkan sistem pendaftaran untuk golongan berkenaan.

“Kita tahu lebih kurang 400,000 mereka yang bekerja di Singapura setiap hari, tetapi untuk peringkat awal kementerian setuju 100,000 dahulu yang akan terima vaksin,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) bersama All Cosmos Industries di sini pada Ahad (14 Mac).

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai vaksin COVID-19 buat rakyat yang bekerja di Singapura.

Katanya langkah itu diharap dapat memulihkan serta merancakkan kembali ekonomi negeri, antaranya sektor perkhidmatan, perkilangan dan pendidikan sebaik sempadan dibuka semula. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan