Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10 tahun sakit kepala, rupa-rupanya cacing pita dalam otak akibat makan daging mentah

Para doktor berjaya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan cacing pita dari kepala seorang pesakit dalam satu kes yang disifatkan mereka sebagai ajaib.

Anggaran Waktu Membaca:
10 tahun sakit kepala, rupa-rupanya cacing pita dalam otak akibat makan daging mentah

(Gambar: Associated Press)

Diterbitkan : 04 Feb 2020 01:22PM Dikemas Kini : 04 Feb 2020 01:31PM

TEXAS: Para doktor berjaya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan cacing pita dari kepala seorang pesakit dalam satu kes yang disifatkan mereka sebagai ajaib.

CNN melaporkan para doktor berpendapat, cacing pita itu sudah berada dalam kepala pesakit - yang hanya dikenali sebagai Gerardo - selama lebih sedekad setelah beliau memakan daging babi yang mentah.

CNN melaporkan lelaki itu memutuskan untuk menjalani pemeriksaan imbasan MRI setelah pengsan tahun lalu semasa bermain bola sepak.

Beliau juga dilaporkan berasa kurang sihat beberapa bulan sebelum itu.

“Selepas pembedahan yang kompleks dijalankan, pesakit itu tidak lagi mengalami sakit kepala dan kembali bekerja serta berada dalam keadaan normal,” kata pakar bedah saraf di Austin, Dr Jordan Amadio kepada Associated Press.

Mengulas lanjut, Dr Amadio berkata pesakit itu bagaimanapun tidak pasti secara khusus bagaimana dan bila beliau dijangkiti cacing pita, namun menyatakan kemungkinan berlaku apabila memakan daging babi di Mexico.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), manusia boleh dijangkiti dengan cacing pita jika memakan daging lembu atau babi secara mentah atau separuh masak.

Bagaimanapun menurut AP, CDC menyatakan sesetengah individu yang dijangkiti tidak memerlukan rawatan kerana kadangkala cacing pita itu keluar daripada badan pesakit dengan sendiri.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan