10 pendaki rakyat M'sia dilapor hilang di India ditemui selamat
Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Manali di wilayah utara India. (Gambar: Unsplash)
KUALA LUMPUR: Seramai 10 rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan tidak dapat dihubungi menyusuli fenomena hujan lebat di pergunungan Manali, Himachal Prasesh, India, berada dalam keadaan selamat.
Menurut Wisma Putra dalam kenyataannya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi turut dapat berhubung dengan salah seorang daripada mereka yang berada di Manali.
"Laporan awal menyatakan 12 rakyat Malaysia didapati telah gagal dihubungi oleh ahli keluarga namun maklumat terkini diperoleh hanya 10 rakyat Malaysia manakala dua lagi merupakan warga China dan Britain.

"Berikutan perkembangan ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi akan berusaha
untuk membawa keluar kumpulan tersebut ke New Delhi pada 13 Julai," dedah Wisma Putra pada Khamis (12 Jul), seperti dipetik Astro Awani.
Wisma Putra menyatakan, sekiranya rancangan memindahkan mereka berjalan dengan lancar, kumpulan tersebut dijangka mengambil penerbangan pulang ke Malaysia pada hari yang sama.
"Kementerian ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan bantuan segera yang diberikan oleh pihak berkuasa Pemerintah India dalam usaha mengesan kesemua rakyat Malaysia tersebut," ujar Wisma Putra lagi, lapor Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.