10 maut setelah bangunan runtuh di India
Sekurang-kurangnya 10 orang mati dan 11 lagi cedera apabila sebuah bangunan tiga tingkat runtuh di wilayah Maharashtra, India.

(Gambar: Reuters/Francis Mascarenhas)
MAHARASHTRA: Sekurang-kurangnya 10 orang mati dan 11 lagi cedera apabila sebuah bangunan tiga tingkat runtuh di wilayah Maharashtra, India.
Kejadian itu berlaku di bandar perusahaan Bhiwandi, tidak jauh dari Mumbai, pusat kewangan India.
Bangunan yang runtuh itu mempunyai 54 unit tempat tinggal.
Seorang pegawai tempatan berkata sehingga 25 keluarga dipercayai terperangkap dalam runtuhan tersebut.
Bangunan berkenaan berusia lebih 30 tahun dan perlu diperbaiki.
Namun kerja-kerja penyenggaraannya tidak dapat dijalankan ekoran perintah berkurung kerana pandemik COVID-19.
Kejadian bangunan runtuh memang biasa di India semasa musim tengkujuh antara Jun hingga September.
Hujan lebat melemahkan struktur bangunan yang tidak dibina mengikut piawaian yang betul atau sudah terlalu usang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.