Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10 maut, jutaan penduduk terputus bekalan elektrik selepas Taufan Milton badai Florida

Taufan Milton melanda Lautan Atlantik pada Khamis (10 Okt) selepas membadai Florida yang mencetuskan puting beliung, meragut nyawa sekurang-kurangnya 10 orang dan menyebabkan berjuta-juta penduduk terputus bekalan elektrik.

Anggaran Waktu Membaca:
ST PETERSBURG, FLORIDA: Taufan Milton melanda Lautan Atlantik pada Khamis (10 Okt) selepas membadai Florida yang mencetuskan puting beliung, meragut nyawa sekurang-kurangnya 10 orang dan menyebabkan berjuta-juta penduduk terputus bekalan elektrik.

Ribut itu bagaimanapun tidak mencetuskan gelombang besar yang dikhuatiri sebelum ini.

Gabenor Ron DeSantis berkata wilayah itu terselamat daripada "senario terburuk," walaupun beliau memberi amaran bahawa kemusnahan masih ketara dan banjir tetap menjadi kebimbangan utama.

Kawasan Tampa Bay nampaknya terselamat daripada pusuan ribut yang telah menyebabkan amaran paling mengerikan, walaupun pulau-pulau penghadang di sepanjang pantai selatan bandar itu mengalami banjir besar.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Alejandro Mayorkas berkata semasa taklimat di Rumah Putih bahawa terdapat laporan 10 kematian setakat ini, sambil menambah ia disebabkan oleh puting beliung.

Sekurang-kurangnya 27 puting beliung membadai Florida, katanya.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan