Skip to main content

Dunia

10 maut dalam insiden tembakan di pantai Bondi di Sydney

Anggaran Waktu Membaca:
10 maut dalam insiden tembakan di pantai Bondi di Sydney

Orang ramai dan pekerja kecemasan berkumpul di tengah-tengah insiden tembakan di Pantai Bondi di Sydney pada 14 Disember 2025. (Gambar: AP/Mark Baker)

Diterbitkan : 14 Dec 2025 05:25PM Dikemas Kini : 14 Dec 2025 06:06PM
SYDNEY: Beberapa orang cedera dan pasukan penyelamat sedang "berusaha menyelamatkan mangsa-mangsa yang cedera" pada Ahad (14 Dis) menyusuli insiden tembakan di pantai Bondi di Sydney.

13 orang dibawa ke hospital selepas berlaku insiden tembakan itu, kata seorang jurucakap ambulans New South Wales.

Perdana Menteri Anthony Albanese berkata kejadian itu "mengejutkan dan sangat membimbangkan".

Alex Ryvchin, ketua eksekutif bersama Majlis Eksekutif Yahudi Australia, memberitahu Sky News dalam satu wawancara bahawa insiden tembakan itu berlaku di satu acara sambutan Hanukkah bagi penganut Yahudi yang diadakan di pantai tersebut.

Beliau menambah penasihat medianya cedera dalam serangan itu.

Sydney Morning Herald sebelum ini melaporkan ramai orang cedera dalam kejadian itu manakala rangkaian televisyen Sky dan ABC menyiarkan rakaman video yang menunjukkan beberapa orang terbaring di pantai.

Rakaman video yang tersebar di wadah X menunjukkan para pengunjung di Pantai Bondi bertempiaran lari selepas beberapa das tembakan dilepaskan dan bunyi semboyan polis kedengaran.

Reuters bagaimana tidak dapat segera mengesahkan rakaman itu.

"Kami sudah dimaklumkan mengenai situasi keselamatan yang masih aktif di Bondi. Kami menggesa orang ramai di kawasan sekitar supaya mengikuti maklumat oleh Polis NSW," kata seorang jurucakap bagi Perdana Menteri Anthony Albanese.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita