Skip to main content

Dunia

10 maut banjir kilat di Rio de Janeiro

Di Brazil, sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kejadian banjir kilat di bandar Rio de Janeiro menyusuli hujan lebat selama dua hari.

Anggaran Waktu Membaca:
10 maut banjir kilat di Rio de Janeiro

Orang ramai panjat pagar untuk lalui kawasan banjir di Rio de Janeiro, Brazil (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 08:17PM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 08:19PM

RIO DE JANEIRO: Di Brazil, sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kejadian banjir kilat di bandar Rio de Janeiro menyusuli hujan lebat selama dua hari.

Menurut pegawai bandar itu pada Selasa (10 Apr), 152 milimeter hujan dicatatkan dalam tempoh empat jam, iaitu melebihi jumlah purata hujan dalam bulan April.

Datuk Bandar Rio mengisytiharkan keadaan darurat dan hampir kesemua sekolah serta jalan raya utama ditutup.

Sekitar 785 tempat di bandar ini terputus bekalan elektrik.

Zon selatan bandar itu, yang merangkumi tarikan pelancong Copacabana dan Ipanema serta kawasan-kawasan susah, antara yang paling teruk terjejas.

Dalam satu penerbitan mengecam, kumpulan media tempatan O Globo menyelar pihak berkuasa pemerintah kerana "tidak melakukan apa-apa" persiapan bagi apa yang disifatkan sebagai "fenomena yang boleh diramal".

"Selepas begitu banyak tragedi ... amat diharapkan bandar ini telah mempelajari sesuatu."

Perbelanjaan pemerintah bandar bagi projek-projek seperti pengaliran air menjunam 79 peratus antara 2016 hingga 2018, menruut laporan berita ekonomi Valor.

Ini merupakan kali kedua Rio de Janeiro dilanda cuaca amat buruk seperti itu dalam masa dua bulan.

Pada Februari, hujan lebat mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya enam orang di bandar itu.

Sumber : Agensi berita/HA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita