Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10 maut, 8 hilang banjir di Sumatera

Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan lapan lagi hilang selepas hujan lebat beberapa hari menyebabkan banjir dan tanah runtuh di Sumatera, kata pihak berkuasa hari ini (28 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Apr 2019 05:25PM Dikemas Kini : 29 Apr 2019 01:52AM

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan lapan lagi hilang selepas hujan lebat beberapa hari menyebabkan banjir dan tanah runtuh di Sumatera, kata pihak berkuasa hari ini (28 Apr).

Kira-kira 12,000 dipindahkan manakala ratusan bangunan, jambatan dan jalan raya rosak akibat cuaca buruk yang menjejas sembilan daerah atau bandar di wilayah Bengkulu, menurut para pegawai.

Paras air sudah surut di beberapa tempat tetapi para pegawai memberi amaran kerosakan penuh masih belum diketahui dan beberapa kawasan masih terputus hubungan.

“Kesan bencana ini mungkin meningkat," kata jurucakap agensi bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nughoro sambil menambah beberapa orang juga dilaporkan cedera dalam kejadian banjir itu.

"Tanah runtuh dan banjir boleh berlaku lagi jika hujan lebat,” katanya lagi.

Menurut Encik Nughoro, ‘bencana sampingan’ mungkin berlaku dalam bentuk penyakit kulit dan jangkitan pernafasan teruk disebabkan masalah kebersihan dan kekurangan air bersih.

Imej udara menunjukkan sungai melimpahi tebing dan membanjiri penempatan di beberapa bahagian wilayah berkenaan.

Dapur umum dan pusat pemindahan ditubuhkan untuk membantu kira-kira 13,000 penduduk yang terjejas akibat banjir manakala pasukan mencari dan menyelamat untuk pergi ke kawasan paling teruk terjejas dengan bot getah.

“Pengagihan bantuan sukar dibuat disebabkan jalan raya terputus oleh banjir dan tanah runtuh,” kata Encik Nughoro, yang menambah jengkaut digunakan untuk membersihkan sampah di jalan raya.

Kejadian tanah runtuh dan banjir biasa berlaku di Indonesia terutamanya semasa musim tengkujuh antara bulan Oktober dan April.

Banjir yang melanda beberapa bahagian ibu kota Jakarta minggu lalu membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan memaksa lebih 2,000 orang dipindahkan. 

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan