10 lelaki dihukum gara-gara guna dron seludup barang terlarang masuk ke penjara
Kumpulan itu diketuai seorang perompak bersenjata yang kini di dalam penjara.
ENGLAND: Sekumpulan lelaki dijatuhi hukuman penjara antara 11 bulan hingga lebih tujuh tahun kerana menyeludup barangan terlarang ke dalam kawasan penjara dengan menggunakan alat dron.
Perbuatan mereka itu terakam secara tidak sengaja oleh kamera-kamera yang dipasang untuk mengambil gambar haiwan liar berhampiran sebuah penjara di daerah Worcestershire.
Kumpulan itu diketuai seorang perompak bersenjata yang kini di dalam penjara.
Seramai 10 anggota kumpulannya didapati bersalah melakukan 49 penerbangan dron ke dalam kawasan beberapa buah penjara di West Midlands dan Scotland untuk banduan-banduan.
Barang-barang yang diseludup termasuk dadah, telefon dan senjata.
Kesemuanya dianggarkan bernilai sejuta pound.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.