10 jalan di Kota Tinggi ditutup akibat banjir
Anggaran Waktu Membaca:
KOTA TINGGI: Sebanyak 10 jalan di daerah Kota Tinggi, Johor Bahru, terputus hubungan akibat banjir berikutan hujan lebat yang melanda sejak pagi Jumaat (10 Jan).
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Azmi Rohani berkata, menurut maklumat yang dibekalkan Jabatan Kerja Raya Johor terdapat lima jalan yang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan, lapor Harian Metro.
Ia membabitkan FT003 (Seksyen 51.50 - 51.70) Jalan Johor Bahru - Endau, FT091 (Seksyen 2.50 - 2.60) Jalan Kota Tinggi - Kluang dan FT092 (Seksyen 34 - 34.5): Jalan Kota Tinggi - Sg Rengit.
"Turut ditutup ialah FT99 (Seksyen 42.50 - 43) Jalan Lok Heng / Mawai / Sg. Mas dan J172 (Seksyen 1.80 - 2.00): Jalan Mawai Lama (Rumah Burung).
"Hanya lima jalan dibuka kepada kenderaan berat sahaja, membabitkan FT003 (Seksyen 60.00 - 61.00) Johor Bahru - Endau (Yatama City) dan FT003 (Seksyen 46.00 - 46.10) Johor Bahru - Endau (PS Tebrau).
"J175 (Seksyen 0.20 - 0.40) Kg Lukut Cina - Kg Batu Ampat (Tmn Aman), J179 (Seksyen 8.0 - 8.10) Jalan Perani (Ladang FIMA) dan J175 (Seksyen 2.80 - 3.30) Kg Lukut Cina - Kg Batu Ampat (Kolam Ikan)," katanya dalam kenyataan di Kota Tinggi pada Sabtu (11 Jan)
Menurut Encik Azmi, di Kluang terdapat satu jalan yang hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja iaitu FT050 (Seksyen 71.0 - 71.20) Jalan Batu Pahat - Jemaluang, seperti dinukil laporan Harian Metro.
Sementara itu, tinjauan di Jalan Lukut Cina berdekatan Taman Aman dan Taman Mawai yang sebelum ini ditutup kepada semua kenderaan telah dibuka dan boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.