Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10 individu ditahan kerana merusuh ketika perlawanan bola sepak di Labuan

Polis Labuan pada Isnin (13 Dis) menahan 10 lelaki selepas berlakunya kejadian rusuhan yang melibatkan penyokong dan pemain ketika satu perlawanan bola sepak di Kompleks Sukan Labuan pada Ahad (12 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
10 individu ditahan kerana merusuh ketika perlawanan bola sepak di Labuan

(Gambar: Media Sosial Labuan)

Diterbitkan : 14 Dec 2021 09:41AM Dikemas Kini : 14 Dec 2021 09:42AM

LABUAN: Polis Labuan pada Isnin (13 Dis) menahan 10 lelaki selepas berlakunya kejadian rusuhan yang melibatkan penyokong dan pemain ketika satu perlawanan bola sepak di Kompleks Sukan Labuan pada Ahad (12 Dis).

Timbalan Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Ghani berkata kesemua lelaki tempatan berusia antara 17 dan 36 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan pada satu perlawanan bola sepak bawah 23 tahun.

Menurutnya, lapan daripada mereka dikenakan perintah reman empat hari bermula Isnin oleh Mahkamah Majistret Labuan, manakala dua lagi direman sehingga Selasa (14 Dis).

“Kami menerima laporan kejadian keganasan tidak lama selepas ia berlaku…rusuhan bermula ketika separuh masa kedua perlawanan antara pasukan Bambu 2 dan PAT United kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

“Terdapat penyokong dari kedua-dua pasukan yang tidak berpuas hati dengan yang kekasaran berlaku ketika permainan, menyebabkan mereka masuk ke padang dan mencetuskan pergaduhan antara penyokong dan pemain kedua-dua pasukan, dengan beberapa individu mengalami kecederaan,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Mohd Ibrahim berkata kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan