10 individu disahkan maut akibat kebakaran hutan Los Angeles
Anggaran Waktu Membaca:
LOS ANGELES: Kebakaran hutan dahsyat yang melibatkan kawasan perumahan dan menyebabkan beribu penduduk di Los Angeles kehilangan tempat tinggal telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa, menurut pihak berkuasa tempatan.
Pengawal Kebangsaan California kini sedang membuat persediaan untuk membantu mengawal keadaan di sana.
Jumlah angka korban yang meningkat dilaporkan oleh Pemeriksa Perubatan Daerah Los Angeles pada lewat Khamis (9 Jan), sedang sebahagian besar bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat itu terus hancur musnah.
Operasi berskala besar berlarutan sepanjang malam. Mujur angin tidak bertiup kencang semasa operasi dijalankan, membolehkan helikopter digunakan untuk mencurahkan air ke kawasan kebakaran.
Dalam pada itu, sebilangan kes rompakan turut dilaporkan berlaku sedang pihak berkuasa berusaha menangani bencana alam ini.
Syerif Wilayah Los Angeles Robert Luna berkongsi bahawa satu perintah berkurung mungkin akan dikuatkuasakan pada waktu malam. Pengawal Kebangsaan negeri tersebut juga sudah dikerahkan untuk meronda di kawasan-kawasan terjejas.
Menurut Gabenor California Gavin Newsom, pasukan Pengawal Kebangsaan hanya sebahagian daripada beribu-ribu anggota perkhidmatan awam yang akan dikerahkan.
Encik Luna menambah, pasukan terbabit akan menangkap sesiapa yang tidak sepatutnya berada di sana.

Kebakaran terbesar daripada beberapa kebakaran lain sudah menjejas kira-kira 20,000 ekar kawasan kejiranan Pacific Palisades, manakala satu lagi kebakaran di Altadena menyebabkan kemusnahan di daerah seluas 13,700 ekar.
Pasukan bomba menyatakan pihaknya sudah berjaya mengawal enam peratus perimeter kebakaran di kawasan terjejas. Dalam erti kata lain, kebakaran besar kemungkinan tidak akan merebak lagi ke arah itu.
Malangnya, angin kembali bertiup kencang dan kebakaran baharu mula tercetus.
Kebakaran antaranya berlaku di Calabasas dan kawasan mewah Hidden Hills yang merupakan tempat kediaman selebriti seperti Kim Kardashian.

Dalam satu sidang media di Rumah Putih, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, berkata beliau telah mengetepikan dana persekutuan dan sumber tambahan untuk membantu wilayah tersebut menangani "kebakaran paling dahsyat dalam sejarah California".
Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.