Skip to main content

Dunia

10 cedera selepas kereta rempuh orang ramai di Australia; 2 kritikal

Sepuluh orang cedera selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di bandar Newcastle, Australia, pada Sabtu (3 Okt), selepas pemandunya dipercayai hilang kawalan.

Anggaran Waktu Membaca:
10 cedera selepas kereta rempuh orang ramai di Australia; 2 kritikal

Petugas kecemasan berada dekat kereta yang dipercayai merempuh orang ramai di Newcastle, Australia, pada 3 Oktober 2026. (Gambar: Australian Broadcasting Corp/CHANNEL 7/CHANNEL 9 menerusi AP)

Diterbitkan : 03 Oct 2026 05:03PM
10 injured after car drives into crowd in Australia; 2 critical
  • Ten people were injured after a car drove into a crowd in Wallsend, Newcastle, at about 9.30am on Saturday, believed to have happened after the driver lost control.
  • The 18-year-old driver was arrested at the scene and taken to hospital for mandatory testing, while New South Wales Police began an investigation.
  • The victims were treated at the scene before being taken to John Hunter Hospital; a five-year-old girl and a 67-year-old man were reported to be in critical condition.
  • The crowd had been celebrating Newcastle Knights ahead of the NRL final in Sydney, and preliminary investigations indicated the incident was not believed to be terrorism.
Dijana oleh AI
SYDNEY: Sepuluh orang cedera selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di bandar Newcastle, Australia, pada Sabtu (3 Okt), selepas pemandunya dipercayai hilang kawalan.

Pemandu berusia 18 tahun itu ditahan di tempat kejadian di kawasan Wallsend, kira-kira 110 kilometer ke utara Sydney.

Polis New South Wales menyatakan 10 mangsa diberikan rawatan di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital John Hunter.

Dua daripada mereka, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan lelaki berusia 67 tahun, berada dalam keadaan kritikal.

Lapan mangsa lain berada dalam keadaan stabil.

Ketika kejadian sekitar 9.30 pagi itu, para peminat sedang berkumpul di tepi jalan untuk meraikan pasukan liga ragbi Newcastle Knights sebelum pasukan itu berangkat bagi perlawanan akhir Liga Ragbi Nasional (NRL) di Sydney pada Ahad (4 Okt).

Datuk Bandar Newcastle Gavin Morris menyatakan pemandu itu dipercayai hilang kawalan kenderaannya.

Pemandu tersebut ditahan dan dibawa ke hospital untuk menjalani ujian wajib.

Polis sudah memulakan siasatan bagi menentukan keadaan yang membawa kepada kejadian itu.

Siasatan awal menunjukkan kejadian tersebut dipercayai tidak berkaitan dengan pengganasan.
Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita