10 banduan lolos dari penjara New Orleans dengan bantuan 'orang dalam'
Anggaran Waktu Membaca:
Lobang di mana para banduan terbabit selit keluar untuk larikan diri. (Gambar: AP)
NEW ORLEANS: 10 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di New Orleans pada Jumaat (16 Mei) dengan memanjat keluar dari sebuah lubang di belakang tandas.
Mereka melakukan demikian sedang satu-satunya pengawal yang ditugaskan ke sel penjara mereka keluar untuk mengambil makanan, kata pihak berkuasa.
Tujuh daripada banduan itu, termasuk beberapa suspek yang didakwa atas tuduhan membunuh, masih diburu menyusuli insiden yang menurut seorang sheriff tempatan, mungkin dibantu oleh orang dalam.
Rakaman kamera pengawasan yang dikongsi dengan pihak media semasa satu sidang akhbar, menunjukkan kesemua banduan itu lolos dari kemudahan tersebut.
Beberapa banduan kelihatan memakai pakaian berwarna jingga manakala sesetengah lain berpakaian warna putih.
Kesemua banduan itu memanjat pagar menggunakan selimut bagi melindungi diri daripada dawai yang berduri.
Mereka turut dilihat melintasi lebuh raya berhampiran untuk ke kawasan kejiranan.
Menurut gambar yang diperoleh oleh AP daripada penguat kuasa undang-undang, terdapat lubang di belakang tandas sel penjara terbabit.
KEHILANGAN BANDUAN TIDAK DISEDARI SELAMA BERJAM-JAM LAMANYA
Para pegawai tidak menyedari akan kehilangan kesemua banduan sehingga lebih tujuh jam kemudian apabila mereka melakukan rutin penghitungan pada waktu pagi.
Para pegawai dari pejabat syerif berkata tiada timbalan berada di sel penjara di mana kesemua banduan itu diathan.
Terdapat seorang pegawai teknisyen, iaitu orang awam untuk memantau sel tersebut, namun wanita itu meninggalkan tempat itu untuk mendapatkan makanan, katanya.
Tidak lama selepas percubaan melarikan diri itu, salah seorang banduan berkenaan, Kendall Myles, 20 tahun diberkas selepas dikejar polis.
Myles sebelum ini pernah melarikan diri sebanyak dua kali dari pusat-pusat tahanan juvenil.
Menjelang lewat petang Jumaat, lagi dua banduan diberkas.
SYERIF SALAHKAN 'KUNCI ROSAK' & KEMUNGKINAN TERDAPAT BANTUAN ORANG DALAM
Syerif Susan Hutson berkata kesemua banduan itu berjaya meloloskan diri dari Penjara Orleans disebabkan oleh "kunci yang rosak".
Cik Hutson berkata beliau pernah menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan kunci-kunci itu kepada pihak berkuasa, dan seawal minggu ini telah berusaha mengumpul wang untuk membaiki infrastruktur yang semakin lusuh itu.
Beliau menambah, terdapat petunjuk bahawa kesemua banduan itu mendapat bantuan orang dalam untuk melarikan diri.
Tiga pekerja sudah digantung kerja sementara menunggu hasil siasatan.
Tidak jelas sama ada salah seorang pekerja berkenaan disyaki membantu para banduan itu melarikan diri.
Sementara itu, pihak berkuasa juga tidak mendedahkan sama ada pengawal yang meninggalkan sel penjara itu untuk mengambil makanan adalah antara mereka yang digantung khidmat.
Kesemua banduan yang berjaya meloloskan diri itu berusia antara 19 hingga 42 tahun.

Sumber : AP/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.