Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10 ADUN BN, PH angkat sumpah jawatan Exco Perak

Anggaran Waktu Membaca:
 10 ADUN BN, PH angkat sumpah jawatan Exco Perak

(Gambar: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak/Facebook)

KUALA KANGSAR: 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, pada Selasa (22 Nov).

ADUN BN yang mengangkat sumpah adalah ADUN Lintang daripada UMNO, Mohd Zolkafly Harun; Salbiah Mohamed (UMNO-Temengor); dan Khairuddin Abu Hanipah (UMNO-Belanja).

Sementara daripada PH, iaitu ADUN Sungai Rapat daripada Amanah, Dr Mohammad Nizar Jamaluddin; A Sivanesan (DAP-Sungkai); Loh Sze Yee (DAP-Jalong); Teh Kok Lim (DAP-Aulong); Sandrea Ng Shy Ching (PKR-Teja); Mohd Azlan Helmi Helmi (PKR-Tualang Sekah), dan Woo Kah Leong (DAP-Pasir Bedamar).

Khairuddin merupakan merupakan satu-satunya muka baru daripada BN sementara daripada PH pula adalah Sze Yee, Kok Lim, Shy Ching, Mohd Azlan, Kah Leong, lapor Astro Awani.

Istiadat angkat sumpah berkenaan juga disaksikan Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad serta Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Abdul Wahab Mohamed.
Pada Isnin (21 Nov), Saarani sekali lagi dilantik menjadi Menteri Besar Perak selepas mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah.

Dalam sidang media semalam, Pengerusi BN Perak itu berkata tiga ADUN daripada BN akan dilantik sebagai EXCO sementara tujuh lagi daripada Pakatan Harapan (PH), menurut Astro Awani.

Pada Isnin, BN dan PH memutuskan menjalinkan kerjasama bagi membentuk kerajaan Negeri Perak selepas mendapat majoriti 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Perikatan Nasional (PN) memenangi 26 kerusi DUN diikuti 24 kerusi dimenangi PH manakala BN hanya memenangi sembilan kerusi daripada 59 kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun tidak ada mana-mana parti memperoleh majoriti mudah 30 kerusi membentuk kerajaan.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan