10 ADUN angkat sumpah EXCO Negeri Sembilan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA PILAH: 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan bagi penggal baharu dilantik pada Jumaat (7 Ogos) yang menyaksikan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikekalkan selain lapan muka baharu dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Barisan ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti.
Berangkat ke istiadat itu ialah Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz serta Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz.
Dua ADUN yang dikekalkan dalam barisan Exco ialah ADUN Linggi Mohd Faizal Ramli dan ADUN Palong Mustapha Nagoor.
Lapan Exco baharu ialah ADUN Chembong Zaifulbahri Idris, Siow Kong Choon (Chennah), Siti Nur Umaira Hasim (Labu), Mohd Asna Amin (Lenggeng), Mohd Razi Mohd Ali (Sungai Lui), Suhaimizan Bizar (Gemencheh), Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting) dan Razali Abu Samah (Sikamat).
Istiadat itu turut dihadiri Undang Luak Sungei Ujong Klana Petra Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau Sedia Raja Hassan Ab Hamid serta Menteri Besar Ismail Lasim.
Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat tujuh kerusi yang membolehkan dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menasihatkan barisan Exco negeri yang baharu supaya menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan jujur, adil serta profesional.
Beliau berharap agar kesemua Exco tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk kepentingan peribadi, keluarga ataupun sahabat, terutamanya dalam membuat keputusan pemberian tender atau projek kerajaan.
“Seperti yang pernah beta titahkan dahulu, negara amat memerlukan pemimpin yang berpendirian tinggi atau persons of honour.
“Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan akan menjurus kepada ketidakadilan serta kerapuhan pelaksanaan sesuatu dasar yang dirangka untuk kebaikan rakyat,” titah baginda pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.
Turut berangkat sama ke istiadat itu ialah Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz.
Hadir sama Undang Luak Sungei Ujong Klana Petra Muhammad Faris Johari, Undang Luak Rembau Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid dan Menteri Besar Ismail Lasim.
Tuanku Muhriz berkata pelantikan itu adalah satu cabaran bagi semua barisan Exco selain menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan masing-masing.
Kata beliau, kesemua kepimpinan dilantik bertanggungjawab untuk merangka dasar dan hala tuju pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan demi kepentingan negeri serta kesejahteraan rakyat dalam setiap tindakan dan keputusan yang diambil.
Beliau berharap rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan negeri, justeru setiap dasar dan perancangan hendaklah dilaksanakan secara cekap, telus serta berkesan.
Menurut beliau, kejayaan sesebuah kerajaan bukan hanya diukur melalui perancangan yang baik tetapi keupayaan menyampaikan hasil yang benar-benar dapat dirasai oleh rakyat.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.