1 terkorban, 60 dikhuatiri terperangkap akibat tanah runtuh lombong emas
Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia (BNPB) menyatakan hari ini (27 Feb) bahawa pasukan penyelamat sedang mencari para mangsa, selepas lebih 60 orang dikhuatiri terperangkap akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah lombong emas haram di pulau Sulawesi.

Lebih 60 orang terperangkap akibat tanah runtuh di lombong emas haram di Sulawesi. (Gambar: BNPB)
JAKARTA: Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia (BNPB) menyatakan hari ini (27 Feb) bahawa pasukan penyelamat sedang mencari para mangsa, selepas lebih 60 orang dikhuatiri terperangkap akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah lombong emas haram di pulau Sulawesi.
Menurut kenyataan BNPB, satu orang ditemui maut manakala 13 yang lain berjaya diselamatkan setakat pukul 5.00 pagi tadi (27 Feb). Ini selepas lombong emas yang terletak di daerah Bolaang Mongondow di wilayah Sulawesi Utara runtuh pada sebelah petang Selasa (26 Feb).
"Usaha menyelamatkan para mangsa terus dijalankan sepanjang malam disebabkan oleh jumlah orang yang dijangka terperangkap akibat kejadian tanah runtuh itu," kata jurucakap agensi bencana itu, Sutopo Purwo Nugroho.
Pemerintah pusat mengharamkan kegiatan pelombongan emas berskala kecil seumpama itu, meskipun pihak berkuasa wilayah kadangkala tidak menghiraukan kegiatan tersebut di kawasan-kawasan terpencil.
Oleh kerana tiada kawalan yang mencukupi, kemalangan kerap berlaku di lombong-lombong berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.