Skip to main content

Dunia

1 Syawal mungkin tidak disambut serentak di rantau ini, kata Ketua Majlis Ulama Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), Abdullah Jaidi menjangkakan terdapat kemungkinan waktu penentuan 1 Syawal di negara itu berbeza atau tidak jatuh pada tarikh yang sama dengan negara-negara lain di rantau ini.

“Alhamdulillah kita serentak berpuasa pada 23 Mac, 1 Ramadan yang kemungkinan akan terjadi perbezaan pada 1 Syawal.

“Tetapi mudah-mudahan perbezaan ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik oleh KompasTV di Youtube dan dinukil oleh Malaysiakini.

Encik Abdullah berkata demikian semasa sidang media bersama Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas di Jakarta pada Khamis (23 Mac).

Kemungkinan perbezaan sambutan Aidilfitri di rantau ini pada tahun ini adalah kerana ketika matahari terbenam, pada 20 April 2023, kedudukan bulan di Indonesia tidak memenuhi kriteria baru Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Singapura (MABIMS) iaitu ketinggian minimum 3 darjah dan pemanjangan 6.4 darjah, lapor Malaysiakini.

Walaupun umat Islam Indonesia mungkin merayakan Aidilfitri pada tarikh berbeza, Encik Abdullah berharap agar perkara itu tidak menimbulkan sebarang pertikaian.

Encik Abdullah turut menyeru masyarakat Islam supaya tidak hanya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan tetapi juga meningkatkan ketakwaan ibadah dan sosial sepanjang bulan yang mulia ini.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita