Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 Syawal catat 28 kemalangan maut di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 kematian dicatatkan akibat kemalangan jalan raya pada hari pertama Aidilfitri di Malaysia pada 2 Mei dengan 19 kes melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Timbalan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata enam kematian lagi membabitkan pemandu dan penumpang kereta, dua pejalan kaki dan seorang pemandu jip.

"Angka kematian pada 2 Mei merupakan yang tertinggi dicatatkan sejak Op Selamat 18 dilancarkan pada 29 April lepas, berbanding 10 kematian pada 29 April, 18 kematian pada 30 April dan 20 kematian pada 1 Mei," katanya ketika dihubungi Bernama.

Encik Razarudin berkata secara keseluruhan 76 kematian dicatatkan sejak operasi itu dilancarkan sehingga 2 Mei, dengan Selangor mencatatkan kes kemalangan maut tertinggi dengan 10 kematian, diikuti Pahang (sembilan kematian) dan Kelantan (lapan kematian).

"Sebanyak 29 kematian direkodkan akibat kemalangan maut yang berlaku di jalan Persekutuan, jalan negeri (21), jalan bandaran (9), lebuh raya (7) dan lain-lain jalan (10),” katanya.

Beliau berkata setakat 2 Mei, sebanyak 6,932 kemalangan dicatatkan pada Op Selamat 18 dengan 1,650 kes di Selangor, diikuti Johor (920), Kuala Lumpur (688), Perak (674) dan Pulau Pinang (597).

"Jalan bandaran merekodkan kemalangan tertinggi sebanyak 2,925 kes, jalan Persekutuan (1,401), jalan negeri (1,307), lebuh raya (731) dan lain-lain jalan 568 kes," katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 211,235 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dengan 81,753 saman kerana memandu melebihi had laju.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan