Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 rentung, 4 sesak nafas bot mewah terbakar di Langkawi

Seorang lelaki warga Indonesia rentung manakala empat yang lain mengalami sesak nafas selepas sebuah bot mewah di kawasan pembaikan bot di Bukit Malut, Langkawi, terbakar pada Rabu (5 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
1 rentung, 4 sesak nafas bot mewah terbakar di Langkawi

Bot mewah yang berada di kawasan pembaikan bot di Bukit Malut, Langkawi, terbakar pada 5 Jun 2019. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 07 Jun 2019 08:53AM Dikemas Kini : 07 Jun 2019 08:54AM

ALOR SETAR: Seorang lelaki warga Indonesia rentung manakala empat yang lain mengalami sesak nafas selepas sebuah bot mewah di kawasan pembaikan bot di Bukit Malut, Langkawi, terbakar pada Rabu (5 Jun).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Balai Bomba Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada Rabu sekitar 3.00 pagi lalu bergegas ke tempat kejadian.

"Ketika kejadian, empat lelaki dan seorang wanita Indonesia yang merupakan pekerja sedang berada di dalam bot mewah dua tingkat berkenaan. Apabila sampai di tempat kejadian, api sedang marak dan ia berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.25 pagi.

"Empat mangsa yang mengalami sesak nafas telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, untuk rawatan lanjut dan operasi mencari seorang lagi mangsa yang hilang telah dijalankan (sehingga hari ini)," kata Encik Mohamadul Ehsan.

Beliau menambah bomba terpaksa menggunakan mesin pengorek bagi membantu mencari mangsa berikutan terdapat banyak timbunan barang di dalam bot berkenaan. Unit K9 (Unit Anjing Pengesan) juga dibawa ke lokasi.

"Mangsa yang rentung ditemui pada kira-kira 7.15 malam tadi oleh Unit K9 dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dijalankan. Mayat dibawa ke hospital yang sama. Operasi selesai sepenuhnya pukul 8.16 malam," katanya.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan