1 maut selepas terjatuh ke dalam enjin pesawat KLM di lapangan terbang Amsterdam
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Yves Herman/Reuters
AMSTERDAM: Seorang individu maut pada Rabu (29 Mei) selepas terjatuh ke dalam bilah turbin berputar pesawat penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam.
Kemalangan itu berlaku di luar terminal hab penerbangan yang sibuk ketika pesawat KLM sedang bersiap sedia untuk berlepas ke Billund di Denmark.
Polis Belanda, yang bertanggungjawab ke atas keselamatan lapangan terbang terbesar di negara itu berkata bahawa para penumpang telah dibawa keluar daripada pesawat berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.
Pesawat tersebut merupakan jet Embraer untuk penerbangan jarak dekat yang digunakan oleh Cityhopper KLM ke destinasi-destinasi yang terletak berdekatan seperti London.
Gambar yang diterbitkan oleh agensi berita tempatan menunjukkan pesawat tersebut dikelilingi kenderaan bomba dan ambulans.
Langkah dan kawalan keselamatan dikuatkuasakan dengan ketat di Schiphol dan kemalangan jarang berlaku di lapangan terbang yang sibuk itu.
Lapangan terbang itu telah menampung sekitar 5.5 juta penumpang setakat bulan lalu.

Sumber : AGENCIES/AY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.