Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut, ribuan penduduk terpaksa berpindah dek banjir di selatan Thailand

Banjir yang melanda akibat hujan lebat selama tiga hari telah mengorbankan seorang individu dan menyebabkan ribuan penduduk terpaksa berpindah di selatan Thailand.

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, ribuan penduduk terpaksa berpindah dek banjir di selatan Thailand

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Nov 2024 09:15PM Dikemas Kini : 28 Nov 2024 09:17PM
BANGKOK: Banjir yang melanda akibat hujan lebat selama tiga hari telah mengorbankan seorang individu dan menyebabkan ribuan penduduk terpaksa berpindah di selatan Thailand.

Menurut pihak berkuasa pada Khamis (28 Nov), hujan lebat diramalkan berterusan selama beberapa hari lagi.

Seorang pelajar di wilayah Narathiwat maut dan lebih 2,700 penduduk terpaksa berpindah akibat banjir yang melanda, kata ketua jabatan pencegahan dan pengurusan bencana, Wasan Chaitaweewong kepada AFP.

Hujan lebat yang turun tanpa henti pula memaksa 65 sekolah ditutup, katanya.

Amaran hujan lebat masih berkuat kuasa dengan hujan lebat berterusan diramalkan berlaku di 70 peratus kawasan wilayah itu hingga awal Disember, menurut Jabatan Kaji Cuaca Thailand.

Lebih 500 askar dan sukarelawan dikerahkan untuk mengagihkan kit bantuan dan menyokong usaha memindahkan penduduk ke kawasan lebih selamat.

Gabenor Narathiwat Trakul Totham berkata sebuah pasukan ditubuhkan untuk mempercepatkan aliran air banjir di kawasan terjejas.

Walaupun Thailand mengalami hujan monsun setiap tahun, para saintis berkata perubahan iklim akibat perbuatan manusia menyebabkan trend cuaca lebih ekstrem, sekali gus meningkatkan kemungkinan berlaku banjir dahsyat.

Banjir dahsyat yang berlaku di Thailand pada 2011 meragut nyawa lebih 500 orang dan menimpakan kerosakan terhadap jutaan rumah di negara itu.
Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan