1 maut dalam letupan bom di klinik kesuburan California
Anggaran Waktu Membaca:

Keadaan sebuah klinik kesuburan di Callifornia selepas berlaku letupan pada 17 Mei 2025. (Gambar: Reuters)
LOS ANGELES: Sebuah bom meletup di luar sebuah klinik kesuburan di California pada Sabtu (17 Mei) , mengorbankan seorang individu dalam apa yang Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sifatkan sebagai satu serangan pengganas.
Letupan bom yang berlaku di kawasan pusat bandar Palm Springs, menimpakan kerosakan teruk pada klinik itu serta pada tingkap dan pintu di bangunan berhampiran.
"Jangan silap, ini satu tindakan pengganasan yang disengajakan," kata ketua pejabat lapangan FBI di Los Angeles, Akil Davis kepada para wartawan di yang berada di tempat kejadian.
"Ini mungkin salah satu penyiasat pengeboman terbesar yang pernah kami lakukan di selatan California," katanya.
Encik Davis mengesahkan seorang individu yang berada berhampiran klinik itu terbunuh apabila letupan itu berlaku.
Empat lagi individu turut dilaporkan cedera.
Pihaknya kini sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti mangsa yang terkorban.
Dalam respons kepada pertanyaan wartawan tentang sama ada klinik di Palm Springs itu sengaja disasarkan, Encik Davis berkata: "Kami percaya begitu, ya".
Datuk Bandar Palm Springs Ron deHarte sebelum ini memberitahu AFP bahawa para penyiasat telah mengesahkan sebuah bom meletup dalam atau berhampiran sebuah kenderaan di luar klinik berkenaan.
Dalam kenyataan oleh klinik itu yang dimuat naik ke media sosial, tiada seorang pun kakitangannya yang cedera dalam letupan itu.
Malah, makmal termasuk semua telur, embrio dan bahan reproduksi tersimpan rapi dan tidak mengalami sebarang kerosakan.
Ia menambah bahawa "sebuah kenderaan meletup di tempat letak kereta berdekatan bangunan kami".
Peguam Negara Presiden Donald Trump, Pam Bondi berkata pegawai persekutuan sedang berusaha untuk menentukan apa sebenar yang berlaku.
"Tetapi biar saya katakan dengan jelas: Pentadbiran Trump faham bahawa golongan ibu dan wanita adalah nadi Amerika.
"Sebarang keganasan terhadap sebuah klinik kesuburan tidak boleh dimaafkan," katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Sumber : Reuters/HA/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.