Skip to main content

Dunia

1 maut dalam dua insiden letupan di Mahkamah Agung Brazil

Anggaran Waktu Membaca:
SAO PAULO: Mahkamah Agung Brazil terpaksa dikosongkan selepas dua letupan berlaku di luar bangunan berkenaan pada Rabu malam (13 Nov), menyebabkan seorang lelaki terbunuh di dataran hadapan mahkamah, menurut pihak polis dan saksi.

Para hakim dipindahkan dengan selamat, menurut kenyataan mahkamah.

Letupan pertama berlaku di tempat letak kereta berhampiran bangunan mahkamah, dengan siaran televisyen tempatan menunjukkan letupan berlaku di bahagian but sebuah kereta.

Polis menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit untuk mengesan bahan letupan lain, dan Peguam Negara Brazil menyifatkan insiden itu sebagai "serangan" di media sosial.

Mayat seorang lelaki ditemui terbaring di dataran berhadapan mahkamah.

Mahkamah Agung terletak berhadapan dengan Istana Presiden Brazil, di mana Presiden Luis Inacio Lula da Silva dilaporkan beredar beberapa minit sebelum letupan berlaku.

Kedua-dua letupan dilaporkan berlaku dalam selang masa 20 saat, menurut laporan media tempatan.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita