Skip to main content

Dunia

1 maut, beberapa lagi hilang akibat tanah runtuh di Jawa Timur

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa individu hilang dalam kejadian tanah runtuh di daerah Lumajang, wilayah Jawa Timur, Indonesia pada Selasa (4 Jun).

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), tanah runtuh melanda Kampung Supit di daerah Pronojiwo pada pukul 11.15 pagi waktu tempatan, dengan tiga mangsa dikhuatiri terperangkap.

Jurucakapnya, Abdul Muhari dalam satu kenyataan memaklumkan mayat mangsa ditemui pada pukul 3.30 petang waktu tempatan, manakala usaha mengesan individu yang hilang diteruskan pada Rabu (5 Jun).

"Operasi mencari tertumpu di sekitar kawasan tanah runtuh di kawasan perlombongan pasir," katanya, sambil menambah bahawa tanah runtuh itu juga menimbus dua lori.

Ramalan cuaca daripada Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia menunjukkan keadaan cuaca mendung di kawasan itu sehingga Khamis (6 Jun).

Namun, Encik Abdul Muhari menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi potensi tanah runtuh selanjutnya.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita