Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut akibat banjir kilat di UAE; Emirates gantung khidmat daftar masuk penumpang

Anggaran Waktu Membaca:
DUBAI: Pihak berkuasa dan para penduduk di merata Amiriah Arab Bersatu (UAE) sedang membersihkan serpihan pada Rabu (17 Apr) selepas hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya seorang individu dan menyebabkan kerosakan pada rumah dan syarikat perniagaan.

UAE menyaksikan rekod curahan hujan dengan 254mm hujan di Al Ain pada Selasa dalam masa kurang 24 jam, menurut pusat meteorologi negara itu. Curahan hujan itu merupakan yang paling tinggi sejak rekod sedemikian mula dicatatkan pada 1949 sebelum negara itu ditubuhkan pada 1971.

Walaupun hujan lebat reda pada lewat Selasa, gangguan berterusan dilaporkan pada Rabu (17 Apr), dengan syarikat penerbangan Emirates menggantung khidmat daftar masuk penumpang yang berlepas dari lapangan terbang Dubai sehingga tengah malam.

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, salah satu yang paling sibuk di dunia, menyatakan ia menghadapi gangguan yang ketara selepas hujan lebat melengahkan atau menyebabkan penerbangan dilencongkan dan menjejaskan kru penerbangan.

Kakitangan lapangan terbang tersebut turut terkesan akibat cuaca buruk itu.

Media tempatan melaporkan seorang lelaki warga emas berusia 70-an tahun meninggal dunia pada pagi Selasa apabila kenderaannya terkandas dalam banjir kilat di wilayah Ras Al Khaimah, di bahagian utara negara itu.

Di negara jiran Oman, 19 orang maut, termasuk kanak-kanak sekolah selepas hujan lebat melanda tiga hari berturut-turut, menurut media Oman, yang menerbitkan gambar-gambar yang menunjukkan masyarakat-masyarakat di sana dilanda banjir.

The Times of Oman melaporkan bahawa lebih banyak curahan hujan dijangkakan pada Rabu. Di Dubai, langit cerah tetapi di beberapa kawasan jalan raya lengang selepas pemerintah negara itu mengarahkan para pekerja dan semua sekolah bekerja dan belajar di rumah buat dua hari berturut-turut.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan