1 maut, 5 cedera dalam tembakan dalam masjid di Lubnan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP)
BEIRUT: Satu tembakan di dalam sebuah masjid ketika waktu solat meragut nyawa sekurang-kurangnya satu individu manakala lagi lima orang cedera pada Jumaat (7 Jul), kata pegawai keselamatan Lubnan.
Sebab insiden tembakan di timur bandar Bar Elias itu tidak diketahui.
Agensi Berita Negara menyatakan lebih banyak kejadian berbalas tembakan berlaku kemudian antara tentera Lubnan dan suspek, yang cedera akibat kejadian itu.
Seorang pegawai keselamatan, yang tidak ingin dikenali, berkata mangsa yang dibunuh serta lima individu yang cedera adalah rakyat Syria. Bandar tersebut adalah tempat tinggal bagi ramai pelarian Syria yang melarikan diri daripada konflik di negara mereka.
Lubnan adalah tempat tinggal kepada lebih sejuta pelarian dari Syria dan sentimen anti rakyat Syria semakin meningkat sejak kegawatan ekonomi Lubnan yang bermula pada Oktober 2019.

Sumber : AP/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.