Skip to main content

Dunia

1 maut, 5 cedera dalam serangan tembakan di Washington

Seorang terbunuh dan lima lagi cedera pada Khamis (19 Sep) dalam satu insiden tembakan di jalanan di Washington, DC, tidak jauh dari Rumah Putih, menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 5 cedera dalam serangan tembakan di Washington

(Gambar: Jay Korff/Twitter)

Diterbitkan : 20 Sep 2019 12:57PM Dikemas Kini : 20 Sep 2019 01:06PM

WASHINGTON: Seorang terbunuh dan lima lagi cedera pada Khamis (19 Sep) dalam satu insiden tembakan di jalanan di Washington, DC, tidak jauh dari Rumah Putih, menurut polis.

Belum lagi jelas sama ada seorang suspek sudah ditahan berhubung insiden itu, tetapi satu sumber penguatkuasa undan-undang memberitahu Reuters bahawa ia tidak dianggap sebagai keadaan "penembak aktif".

Menurut sumber itu, lima mangsa yang cedera dalam serangan itu dipercayai dalam keadaan stabil.

Serangan tembakan itu tercetus di kawasan kejiranan Columbia Heights, sekitar tiga kilometer dari Rumah Putih pada Khamis malam.

Agensi berita bersekutu ABC, WJLA-TV memuatnaikkan gambar-gambar di Twitter yang menunjukkan kenderaan-kenderaan ambulans yang membawa para mangsa dari tempat kejadian dan menyatakan bahawa polis melancarkan gerakan "besar-besaran" di persimpangan antara 14th Street dengan Columbia Road.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita